Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Dalam mesyuarat tersebut, banyak agenda yang telah dibincangkan antara guru-guru dan ibu bapa.

Picture


FALSAFAH, VISI DAN MISI SEKOLAH

FALSAFAH SEKOLAH

Sesungguhnya pelajar yang belajar di sekolah ini mempunyai kebolehan dan berpotensi intelek yang boleh dimajukan seluas-luasnya untuk melahirkan golongan yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab, berketrampilan, dan berkebolehan.

Sesungguhnya semua pendidik yang bertugas di sekolah ini mempunyai pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat tinggi, dan keupayaan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu untuk memajukan semua pelajar di sekolah ini.

Sesungguhnya komuniti merupakan aset yang dapat membangunkan kecemerlangan sekolah dan institusi keluarga yang wujud berkewajiban untuk memberi pendididkan asas yang sempurna kepada setiap anak sekolah ini demi kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

VISI SEKOLAH
Menjadikan SMK Ayer Baloi sekolah harian terbaik di daerah Pontian menjelang 2010.
MISI SEKOLAH
Untuk menjadi sekolah harian terbaik di Pontian, semua warga SMKAB akan berusaha:
1. Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang
2. Semua pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum
3. Memupuk nilai murni dan sahsiah di jiwa semua warga SMKAB
4. Melaksanakan sistem pentadbiran dan pengurusan yang cekap, telus dan tulus
5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif
6. Mengadakan hubungan yang baik dan mesra dengan pihak luar
7. Pelajar-pelajar suka datang ke sekolah
MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan, berdisiplin, dan berakhlak mulia, sesuai dengan Penyataan Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna.



OBJEKTIF SEKOLAH
1. Mempertingkatkan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar di dalam PMR pada tahap 90%.
2. Mempertingkatkan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar di dalam SPM pada tahap 90%.
3. Mempertingkatkan kualiti pencapaian bagi setiap mata pelajaran sama ada di dalam peringkat SPM atau PMR.
4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berminat dan berkebolehan di dalam kokurikulum.
5. Kurikulum dan kokurikulum mencapai 70% lulus dalam PMR dengan 25 orang mendapat sekurang-kurangnya 5A, 95% lulus dalam SPM dengan 20 orang sekurang-kurangnya 5A, menjadi johan sekurang-kurangnya dalam 5 pertandingan di peringkat negeri dan 1 di peringkat kebangsaan.
6. Melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia yang hidup harmonis, cintakan sekolah, menghormati guru-guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan seperjuangan.

WATAK SEKOLAH
Semua warga SMKAB ingin sekolah ini dikenali dengan kecemerlangannya dalam permainan softbol di peringkat negeri dan kebangsaan. Selain itu kami juga ingin dikenali sebagai sekolah yang mempunyai kawalan disiplin yang mantap.

COGANKATA SEKOLAH
BERJAYA DAN BERJASA
Mengingatkan pelajar agar perlu berusaha demi kejayaan seterusnya menabur jasa bakti kepada agama, bangsa, tanah air dan keluarga