Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Dalam mesyuarat tersebut, banyak agenda yang telah dibincangkan antara guru-guru dan ibu bapa.

Picture


Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi (SMKAB) merupakan sekolah yang mendapat nama dari Kampung Ayer Baloi. Memandangkan terdapat lebih kurang 12 buah sekolah rendah di sekitar kawasan tersebut, Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mendirikan sebuah sekolah menengah bagi menampung keperluan pelajar-pelajar tersebut. Kedudukan Kampung Ayer Baloi yang strategik di tengah-tengah perjalanan yang menghubungkan Pontian dengan Batu Pahat, merupakan sebab utama ia dipilih oleh beberapa tokoh tempatan yang kemudiannya menjadi Ahli Lembaga Pentadbir yang pertama bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Tuan Haji Lebai Mohammad Affandi Yaakob, Tuan Haji Abdul Rahman b. Hj Hussin, En. Omar b. Kotan, En. Hussein b. Mahmod, En. Omar b. Madek dan En. Abdul Rahim Yaakob. Sehingga sekarang, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi telah berkembang pesat dan telah dinaikkan ke gred A kategori Sekolah Luar Bandar menjelang Mac 1994.