Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Dalam mesyuarat tersebut, banyak agenda yang telah dibincangkan antara guru-guru dan ibu bapa.

Picture

Matlamat Dan Objektif Sekolah

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan, berdisiplin, dan berakhlak mulia, sesuai dengan Penyataan Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna.

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Mempertingkatkan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar di dalam PMR pada tahap 90%.

2. Mempertingkatkan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar di dalam SPM pada tahap 90%.

3. Mempertingkatkan kualiti pencapaian bagi setiap mata pelajaran sama ada di dalam

peringkat SPM atau PMR.

4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berminat dan berkebolehan di dalam kokurikulum.

5. Kurikulum dan kokurikulum mencapai 70% lulus dalam PMR dengan 25 orang mendapat

sekurang-kurangnya 5A, 95% lulus dalam SPM dengan 20 orang sekurang-kurangnya 5A,

menjadi johan sekurang-kurangnya dalam 5 pertandingan di peringkat negeri dan 1 di

peringkat kebangsaan.

6. Melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia yang hidup

harmonis, cintakan sekolah, menghormati guru-guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan

seperjuangan