Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Dalam mesyuarat tersebut, banyak agenda yang telah dibincangkan antara guru-guru dan ibu bapa.

Picture

Piagam Sekolah

Kami guru-guru dan kakitangan SMK Ayer Baloi, Pontian, Johor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :

1. memastikan sistem pendidikan berjalan dengan berkesan bagi memenuhi kehendak individu, keluarga, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

2. memastikan pelajar menerima pendidikan dari hari pertama hingga hari terakhir persekolahan.

3. berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa melalui penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni.

4. mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif dan selamat ke arah melahirkan pelajar yang seimbang, harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5. memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera.

6. memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan.

7. sentiasa bersedia dan sanggup menerima segala pendapat, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik, fizikal dan bina insan.

berusaha menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020