Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Dalam mesyuarat tersebut, banyak agenda yang telah dibincangkan antara guru-guru dan ibu bapa.

Picture



Dari Meja Pengetua

Salam sejahtera...

Saya berasa bangga kerana dapat berkhidmat sebagai seorang pengetua di SMK Ayer Baloi. Terima kasih kepada semua guru atas usaha dan pengorbanan masa guru-guru dalam menjalankan program-program kecemerlangan pada tahun 2008. SMK Ayer Baloi menduduki tempat yang kedua terbaik di Pontian dalam peratus kelulusan PMR tahun 2008. Disamping itu, SMK Ayer Baloi juga telah menerima empat anugerah kecemerlangan daerah Pontian. Tahniah kepada semua guru, staf sokongan dan semua pelajar tingkatan empat 2009.
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah telah mencapai visi yang telah ditetapkan iaitu SMK Ayer Baloi Sekolah Harian Yang Terbaik Daerah Pontian Menjelang 2010 berdasarkan kepada keputusan PMR. Saya berharap usaha dan keperihatinan semua guru dapat diteruskan demi untuk mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang lagi untuk tahun 2009. Saya juga berharap setiap pelajar akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
Pihak sekolah akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk terus berjaya mencapai kecemerlangan. Disamping kejayaan dalam akademik, saya berharap pencapaian kokurikulum dan disiplin akan bertambah cemerlang. Kita juga akan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak luar terutamanya masyarakat setempat. Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan bantuan-bantuan yang dapat diberikan oleh pihak luar. Pihak sekolah juga akan meningkatkan lagi keadaan bilik darjah supaya ia menjadi lebih kondusif untuk pembelajaran dalam kelas. Saya harap hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah juga menjadi semakin erat demi memantau perkembangan anak-anak didik sekolah ini.
Semoga SMK Ayer Baloi terus cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan disiplin pelajar.

Puan Tan Moi Yan
Pengetua SMK Ayer Baloi