Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Dalam mesyuarat tersebut, banyak agenda yang telah dibincangkan antara guru-guru dan ibu bapa.

Picture

Karnival Sukan dan Permainan Pendidikan Khas


Karnival Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 18 hingga 19 Julai 2008. Pendidikan Khas SMK Ayer Baloi telah menghantar penyertaan dalam karnival sukan tersebut. Hasilnya, dalam karnival tersebut SMK Ayer Baloi telah mendapat beberapa pingat. Antaranya ialah:

  1. Bagi acara Tempin Boling Junior wakil sekolah kita iaitu Mohamad Syafiq telah mendapat tempat kedua.
  2. Bagi acara Bola Jaring Junior wakil sekolah kita iaitu Aizanatul Sharnurliana Bt Ismail dan Nuraishah Bt Mat Zin telah mendapat tempat ketiga.
  3. Bagi acara Futsal Senior wakil sekolah kita iaitu Mohd Affendy B Amran telah mendapat tempat ketiga.
  4. Bagi acara Futsal Junior wakil sekolah kita iaitu Mohamad Syafiq telah menjadi Johan.