Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Dalam mesyuarat tersebut, banyak agenda yang telah dibincangkan antara guru-guru dan ibu bapa.

Picture

Gotong-royong Pendidikan Sivik


Pendidikan Sivik SMK Ayer Baloi akan mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah serta menceriakan lagi persekitaran SMK Ayer Baloi. Aktiviti gotong-royong ini akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 19 Julai 2008.
Aktiviti ini bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar SMK Ayer Baloi. Disamping itu juga aktiviti ini bertujuan menanamkan semangat bekerjasama dalam kalangan warga SMK Ayer Baloi.
Bersama-sama kita mencerikan SMK Ayer Baloi yang tercinta ini.