Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Dalam mesyuarat tersebut, banyak agenda yang telah dibincangkan antara guru-guru dan ibu bapa.

Picture

Taklimat Sebut Harga


Satu taklimat sebut harga berkenaan dengan bekalan unit uniform akan diadakan di bilik mesyuarat SMK Ayer Baloi pada hari Rabu bersamaan dengan 23 Julai 2008. Taklimat tersebut akan bermula pada pukul 11.00 pagi pada hari tersebut.
Taklimat ini diuruskan oleh Unit Ko-kurikulum SMK Ayer Baloi yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum iaitu Encik Ariffin Bin Bajuri. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang harga pakaian unit uniform disamping memudahkan untuk membuat tempahan.